Sabtu, 31 Ogos 2024

Kepentingan Senaman seperti Brisk Walk untuk Wanita Umur 59 Tahun

Alhamdulillah, MakNek kini berumur 59 tahun.  Happy Birthday to MakNek pada 18 Ogos yang lepas.

MakNek sangat bersyukur MakNek masih dapat bergerak dengan cergas dan selesa.  Bagi wanita berumur seperti MakNek, senaman seperti brisk walk (jalan pantas) memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan kesejahteraan fizikal dan mental. 

Dalam blog ini, MakNek kongsikan beberapa manfaat utama brisk walk untuk wanita dalam lingkungan usia seperti MakNek.
 

1.  Menjaga Kesihatan Jantung

Brisk walk adalah aktiviti kardio yang rendah impak tetapi sangat berkesan dalam meningkatkan kesihatan jantung. Dengan berjalan pada kelajuan yang agak pantas, kita dapat meningkatkan kadar degupan jantung, yang membantu menguatkan otot jantung dan meningkatkan peredaran darah. Kajian menunjukkan bahawa rutin berjalan pantas dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok, dua masalah kesihatan yang sering mempengaruhi wanita usia emas.
 

2.  Mengurangkan Risiko Penyakit Kronik

Senaman secara rutin, termasuk brisk walk, dapat mengurangkan risiko pelbagai penyakit kronik seperti diabetes jenis 2 dan hipertensi. Berjalan dengan konsisten membantu menurunkan paras gula dalam darah dan meningkatkan sensitiviti insulin, yang penting dalam menguruskan dan mencegah diabetes. Selain itu, ia membantu menurunkan tekanan darah dan memperbaiki kesihatan keseluruhan.
 

3.  Meningkatkan Kualiti Tidur

Kualiti tidur boleh merosot seiring bertambahnya usia, tetapi brisk walk boleh membantu memperbaiki corak tidur kita. Aktiviti fizikal seperti ini mempromosikan tidur yang lebih nyenyak dan mendalam. Dengan berjalan pada waktu pagi atau petang, kita dapat mengurangkan kebimbangan dan stres yang boleh mengganggu tidur kita, menjadikan waktu tidur lebih selesa dan menyegarkan.

4.  Menjaga Berat Badan dan Mengurangkan Risiko Obesiti

Salah satu cabaran utama semasa menopaus adalah perubahan dalam metabolisme yang boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Brisk walk adalah cara yang efektif untuk membakar kalori dan mengekalkan berat badan yang sihat. Dengan melakukan senaman ini secara berkala, dapat membantu mengawal berat badan dan mengurangkan risiko obesiti, yang boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan.

5.  Meningkatkan Keseimbangan dan Koordinasi

Keseimbangan dan koordinasi sering merosot seiring dengan usia, menjadikan risiko jatuh lebih tinggi. Brisk walk membantu meningkatkan kekuatan otot dan keseimbangan, yang dapat mengurangkan risiko jatuh dan kecederaan. Ia juga memperbaiki fleksibiliti, yang penting untuk menjaga mobiliti dan kualiti hidup yang baik.

6.  Kesejahteraan Mental dan Emosi

Senaman, termasuk brisk walk, telah terbukti dapat meningkatkan mood dan mengurangkan gejala kemurungan dan kecemasan. Berjalan di luar rumah, terutama di kawasan yang hijau, juga dapat memberikan kesan menenangkan dan meningkatkan kesejahteraan mental. Aktiviti ini membantu melepaskan endorfin, bahan kimia semulajadi dalam otak yang memberi rasa bahagia dan kepuasan.

7. Memperbaiki Hubungan Sosial

Brisk walk juga boleh menjadi peluang untuk bersosial. Menjalankan aktiviti ini bersama rakan atau keluarga bukan sahaja memberikan manfaat fizikal tetapi juga membina hubungan sosial yang kuat. Berkongsi masa berkualiti sambil berjalan boleh menjadikan senaman lebih menyeronokkan dan memotivasi anda untuk terus melakukannya.

Tips untuk Memulakan Brisk Walk

(1)  Mulakan Perlahan-lahan:  Jika anda baru mula bersenam, mulakan dengan sesi pendek dan tingkatkan tempoh dan kelajuan secara beransur-ansur.

(2)  Pakai Kasut yang Sesuai: Pastikan kasut yang anda pakai adalah selesa dan memberikan sokongan yang baik.

(3)  Tetapkan Matlamat: Tetapkan matlamat kecil dan realistik untuk diri sendiri. Misalnya, berjalan selama 30 minit setiap hari atau beberapa kali seminggu.

(4)  Gunakan Aksesori yang Membantu: Menggunakan pedometer atau aplikasi telefon pintar untuk memantau langkah anda boleh membantu memotivasi anda.

Sekian daripada MakNek. Doakan MakNek konsisten dalam usaha MakNek untuk hidup lebih sihat, cergas dan bahagia!  MakNek doakan kesejahteraan dan kebahagiaan anda juga.  Semoga kita sama-sama menjadi lebih fit, happy & healthy, dan in sya Allah, lebih mudah untuk menjalankan ibadah seharian dengan tenang dan selesa.  Aaamiin.

Ahad, 2 Julai 2023

Perjuangan Harus Diteruskan

Lamanya saya tidak menulis di blog ini. Tentunya ada yang tertanya-tanya apakah agaknya yang telah terjadi kepada MakNek.

Alhamdulillah. Saya sihat. Cuma masih lagi terasa ketiadaan arwah suami saya yang telah kembali ke Rahmatullah pada bulan Mei, 2021.  In-sya Allah, saya akan terus melangkah ke hadapan dan meluangkan masa untuk berkongsi ilmu dan pengalaman di blog ini.

Tidak dinafikan bukan mudah bagi saya meningkatkan motivasi diri untuk meneruskan apa yang telah kami rancangkan bersama.  Hari berganti hari sehingga kini lebih dua tahun telah berlalu.

Sekarang tibalah masa untuk saya melihat semula perancangan tahunan saya demi kebahagian dan kesejahteraan saya, anak-menantu serta cucu-cucu saya di masa hadapan,  Orang lain buat perancangan sebelum tahun baharu.  Saya pula baru nak mula merancang pada 2hb Julai! 

Tidak menjadi masalah. Better late than never. Failing to plan is planning to fail. Ehh.. Betulkan quotation yang saya guna ini?  Haha..

Okay.  Sekian sahaja buat kali ini. In-sya Allah, saya akan menulis lagi.  Semoga semua urusan kita dipermudahkan Allah Subhana Wa Ta 'ala.

Jumaat, 14 Ogos 2020

Mudahnya Menjemput Rezeki

Hari ini MakNek nak kongsi sedikit mengenai apa yang MakNek baca dari buku "Mudahnya Menjemput REZEKI" oleh Fathuri Salehuddin.

Mudahnya menjemput rezeki

Dalam buku tersebut, penulis membincangkan sifat-sifat rezeki yang mesti kita ketahui:

  • Rezeki tidak tunduk kepada sebab-sebab yang dibuat oleh manusia.
  • Rezeki hanya tunduk atas kehendak Allah.
  • Allah boleh beri rezeki kepada sesiapa sahaja dengan tidak terhitung banyaknya.
  • Kehendak Allah adalah mutlak. Allah yang menambah dan mengurangi rezeki dengan kehendak-Nya.
Penulis juga membincangkan 4 formula yang perlu kita pelajari iaitu:
Formula 1:  Syukur dan Redha (Sabar).
Formula 2:  Zakat dan Sedekah.
Formula 3:  Ketakwaan dan Menyambung Silaturahim.
Formula 4:  Tidak Berbuat Dosa (Banyak Beristighfar).

Kunci kepada rezeki pula adalah kesungguhan dalam melakukan kerja.  Apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh, maknanya kita mensyukuri nikmat Allah kepada kita.

Kenapa penulis mengatakan menjemput rezeki lebih mudah berbanding mencari rezeki?  Kerana mencari bermakna kita tidak tahu tempatnya.  Justeru, banyaklah percubaan demi percubaan yang perlu diharungi. Untuk menjemput pula, biasanya kita sudah tahu tempatnya. Kita kenal orangnya. Ya, tinggal dijemput sahaja!

Kesimpulannya, kita tidak perlu pening kepala apabila mahu menjemput rezeki. Kita buat sahaja apa yang Allah suruh.

Dalam buku tersebut, penulis juga mengupas cara-cara menjemput rezeki dengan:
  1. Mengutamakan solat
  2. Solat Tahajud
  3. Solat Dhuha
  4. Zikir
  5. Doa
  6. Mendoakan orang lain
  7. Sedekah
  8. Membaca Al-Quran
  9. Asma' ul-Husna
  10. Bersyukur
  11. Tekun berusaha
Yang penting, kita hendaklah yakin, yakin dan yakin bahawa semuanya milik Allah dan semuanya boleh kita mohon daripada Allah. Terpulang kepada kita untuk mengamalkannya.


Selasa, 11 Ogos 2020

Adakah Anda Seorang Yang Ingin:

Meningkatkan kesihatan diri serta keluarga anda?

Menikmati gaya hidup aktif dan sihat?

Meluangkan lebih masa untuk bersama keluarga anda?

Membantu orang lain menjadi lebih sihat?

Bekerja dari rumah mengikut masa fleksibel?

Jika anda menjawab YA!
kepada mana-mana soalan di atas
klik di sini sekarang
untuk mula menikmati keistimewaan sebagai
Pengedar Bebas Shaklee.

Jumaat, 7 Ogos 2020

Kesihatan yang Baik Bermula dengan Sel-sel yang Sihat

Kesihatan sel anda mempengaruhi kesihatan anda secara menyeluruh. Apabila sel membahagikan atau membiak untuk pertumbuhan atau penyembuhan adalah penting untuk memastikan anda mempunyai sel-sel yang sihat untuk mereplikakan dan menghasilkan sel-sel baru yang sama sihat. Bagaimana badan anda mereplikakan dan menghasilkan semula sel, memberi kesan seberapa baik tisu, organ dan sistem berfungsi, yang akhirnya menentukan kesihatan anda.

4 Cara Bagaimana Campuran Sempurna Polifenol Dapat Meningkatkan Kesihatan dan Jangka Hayat Sel

1.  Meningkatkan Pertahanan Sel

Badan mempunyai "suis induk" yang dikenali sebagai Nrf2 untuk mengaktifkan proses detoksifikasi dan pertahanan sel. Gabungan polifenol yang sempurna telah diakui secara sinergis mengaktifkan "suis induk" supaya dapat:

   Mengurangkan keradangan dengan mengoptimumkan sistem imun. 

   Meningkatkan proses detoksifikasi terutamanya di hati. 

   Meningkatkan tahap antioksidan dalam badan.

   Mengurangkan tekanan biologi dalam badan.

2.  Meningkatkan Tenaga Sel

Sel-sel kita mengandungi "loji kuasa" tenaga dipanggil mitrokondria. Ia menghasilkan tenaga supaya anda merasa bertenaga sepanjang hari.  Walau bagaimanapun, pengeluarannya menurun dengan peningkatan umur dan gaya hidup tidak sihat.  Polifenol dikenali untuk:

   Menggalakkan fungsi mitrokondria yang sihat supaya ia meningkatkan pengeluaran tenaga secara optimum.

   Meningkatkan pengeluaran mitrokondria jadi badan mempunyai lebih banyak "loji kuasa" untuk menghasilkan tenaga.

3.  Menggalakkan Pemulihan Sel

Sel-sel anda terdedah kepada pelbagai serangan daripada radikal bebas atau penceroboh alam sekitar yang merosakkan DNA anda setiap hari, yang boleh mengakibatkan kematian sel. Polifenol boleh membantu:

✅   Melindungi kerosakan DNA. 

✅   Menyokong mereplikakan DNA untuk fungsi sel yang lebih sihat.

4.  Mengoptimumkan Prestasi Sel

Semakin badan berusia, fungsi organ merosot, memburukkan penyakit degeneratif seperti jantung, ginjal dan diabetes. Kajian menunjukkan bahawa:

   Polifenol dari benih dan kulit anggur muscadine boleh menggalakkan kesihatan dan jangka hayat sel.

   Penggunaan polifenol daripada anggur muscadine mungkin mempunyai beberapa faedah dalam mempengaruhi perkembangan keadaan kencing manis

   Polifenol campuran anggur muscadine, Ekstrak Polyganum Cuspidatum, Ekstrak Lobak Ungu dan Ekstrak Eldeberi Eropah boleh menghentikan kerosakan selular.

   Polifenol mungkin mempunyai kesan perlindungan terhadap sistem kardiovaskular dan meningkatkan kepekaan insulin.


Produk Pilihan Ramai - Vivix by Shaklee


Mengapa Kita Perlu Mengamalkan Gaya Hidup Sihat?

Hari ini MakNek nak kongsikan 4 sebab mengapa kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat. Maklumat di bawah MakNek petik dari website Hello Doktor.

1. Mengawal berat badan

Berat badan adalah salah satu parameter penting untuk menilai kesihatan seseorang secara am. Dalam bahasa mudahnya, berat yang sihat atau normal bermakna kesihatan anda lebih baik.

Sebaliknya, berat badan berlebihan membawa kepada lebih banyak risiko kesihatan.

Piramid makanan adalah panduan asas yang baik dalam merancang diet yang seimbang dan sihat. Jangan melangkau waktu makan terutamanya sarapan kerana ia akan membuatkan anda makan lebih kerap dan banyak.

Dalam masa yang sama, amalkan aktiviti fizikal sederhana selama 150 minit seminggu. Pemakanan dan aktiviti fizikal adalah kunci untuk mengawal berat badan.

2. Memberikan mood yang lebih baik

Apabila badan dalam keadaan yang sihat, sistem badan secara automatik akan berfungsi dengan lebih baik. Ini termasuklah emosi dan juga mood.

Sejenis hormon bernama endorfin dilepaskan semasa aktiviti fizikal. Hormon ini membuatkan seseorang berasa gembira dan tenang.

Selain itu, keadaan fizikal yang sihat tentunya akan menambah keyakinan diri. Bersosial juga merupakan satu gaya hidup sihat yang membantu menjadikan kehidupan lebih hidup dan bermakna.

3. Mencegah penyakit

Menurut Hippocrates, “Semua penyakit bermula daripada perut.”

Meskipun kata-kata Bapa Perubatan itu tidak sepenuhnya tepat, ia sangat masuk akal.

Pemakanan yang tidak dijaga secara jelas meningkatkan risiko penyakit-penyakit utama. Ini termasuk kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan strok.

Daripada semua penyakit ini, semua organ di dalam badan boleh terjejas termasuk keadaan mental.

Pastikan anda menjalani pemeriksaan kesihatan berkala setiap tahun. Percayalah, mencegah lebih baik daripada merawat.

4. Panjang umur

Ajal di tangan Tuhan. Dalam masa yang sama, Tuhan juga memerintahkan agar kita hidup dalam keadaan yang sihat.

Jika badan dalam keadaan sihat dan tiada penyakit kronik yang serius, sudah pasti, dari sudut sains, jangka hayat akan meningkat.

Diabetes misalnya, mengurangkan jangka hayat selama 6 tahun menurut Journal of American Medical Association (JAMA) dan jika terkait dengan penyakit jantung, jangka hayat berkurang sebanyak 12 tahun.

Gaya hidup sihat adalah langkah terbaik dalam menjalani kehidupan bebas penyakit.

Bukan sahaja kesihatan akan meningkat, produktiviti, ekonomi dan kemakmuran negara juga turut berkembang. Mulakan hari ini. Biar sedikit asalkan ada.

Sumber:

https://hellodoktor.com/ms/gaya-hidup-sihat/tips-kesihatan/mengamalkan-gaya-hidup-sihat

Ahad, 26 Julai 2020

Makan Omega-3 untuk Kesihatan Minda Anda

Salam bahagia kepada anda yang dihormati!  Semoga sihat sejahtera hendaknya.  Hari ini MakNek nak share sedikit info mengenai Omega Guard by Shaklee.


Omega Guard - MakNek ambil 3 biji kapsul sehari selepas makan pagi

Pernahkan anda berasa seronok semasa pergi shopping bersama keluarga atau teman-teman anda tetapi apabila anda kembali ke tempat letak kereta, anda lupa di mana anda parking kereta anda?

Untuk meningkatkan kesihatan minda anda, MakNek sarankan supaya anda ambil Omega Guard kerana pengambilan Omega-3 mempunyai kesan positif terhadap pemikiran, memori, dan tumpuan pemerhatian. 

Omega-3 dalam Omega Guard juga menyokong pembelajaran yang optimum dan kemampuan membaca. Selain dari itu, Omega-3 boleh meningkatkan penghantaran isyarat antara saraf otak untuk fungsi memori yang optimum.  

Bagi golongan lanjut usia pula, pengambilan Omega-3 sangat berkesan untuk mengekalkan fungsi kognitif yang sihat.

Mari kita tonton video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Omega Guard by Shaklee ðŸ’–


Sekian sahaja dari MakNek kali ini.  Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog MakNek.  MakNek doakan agar kita sama-sama diberikan kesihatan badan dan minda terbaik supaya kita boleh menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dengan jayanya.  Jumpa lagi di coretan akan datang!