Jumaat, 14 Ogos 2020

Mudahnya Menjemput Rezeki

Hari ini MakNek nak kongsi sedikit mengenai apa yang MakNek baca dari buku "Mudahnya Menjemput REZEKI" oleh Fathuri Salehuddin.

Mudahnya menjemput rezeki

Dalam buku tersebut, penulis membincangkan sifat-sifat rezeki yang mesti kita ketahui:

  • Rezeki tidak tunduk kepada sebab-sebab yang dibuat oleh manusia.
  • Rezeki hanya tunduk atas kehendak Allah.
  • Allah boleh beri rezeki kepada sesiapa sahaja dengan tidak terhitung banyaknya.
  • Kehendak Allah adalah mutlak. Allah yang menambah dan mengurangi rezeki dengan kehendak-Nya.
Penulis juga membincangkan 4 formula yang perlu kita pelajari iaitu:
Formula 1:  Syukur dan Redha (Sabar).
Formula 2:  Zakat dan Sedekah.
Formula 3:  Ketakwaan dan Menyambung Silaturahim.
Formula 4:  Tidak Berbuat Dosa (Banyak Beristighfar).

Kunci kepada rezeki pula adalah kesungguhan dalam melakukan kerja.  Apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh, maknanya kita mensyukuri nikmat Allah kepada kita.

Kenapa penulis mengatakan menjemput rezeki lebih mudah berbanding mencari rezeki?  Kerana mencari bermakna kita tidak tahu tempatnya.  Justeru, banyaklah percubaan demi percubaan yang perlu diharungi. Untuk menjemput pula, biasanya kita sudah tahu tempatnya. Kita kenal orangnya. Ya, tinggal dijemput sahaja!

Kesimpulannya, kita tidak perlu pening kepala apabila mahu menjemput rezeki. Kita buat sahaja apa yang Allah suruh.

Dalam buku tersebut, penulis juga mengupas cara-cara menjemput rezeki dengan:
  1. Mengutamakan solat
  2. Solat Tahajud
  3. Solat Dhuha
  4. Zikir
  5. Doa
  6. Mendoakan orang lain
  7. Sedekah
  8. Membaca Al-Quran
  9. Asma' ul-Husna
  10. Bersyukur
  11. Tekun berusaha
Yang penting, kita hendaklah yakin, yakin dan yakin bahawa semuanya milik Allah dan semuanya boleh kita mohon daripada Allah. Terpulang kepada kita untuk mengamalkannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan