Ahad, 2 Julai 2023

Perjuangan Harus Diteruskan

Lamanya saya tidak menulis di blog ini. Tentunya ada yang tertanya-tanya apakah agaknya yang telah terjadi kepada MakNek.

Alhamdulillah. Saya sihat. Cuma masih lagi terasa ketiadaan arwah suami saya yang telah kembali ke Rahmatullah pada bulan Mei, 2021.  In-sya Allah, saya akan terus melangkah ke hadapan dan meluangkan masa untuk berkongsi ilmu dan pengalaman di blog ini.

Tidak dinafikan bukan mudah bagi saya meningkatkan motivasi diri untuk meneruskan apa yang telah kami rancangkan bersama.  Hari berganti hari sehingga kini lebih dua tahun telah berlalu.

Sekarang tibalah masa untuk saya melihat semula perancangan tahunan saya demi kebahagian dan kesejahteraan saya, anak-menantu serta cucu-cucu saya di masa hadapan,  Orang lain buat perancangan sebelum tahun baharu.  Saya pula baru nak mula merancang pada 2hb Julai! 

Tidak menjadi masalah. Better late than never. Failing to plan is planning to fail. Ehh.. Betulkan quotation yang saya guna ini?  Haha..

Okay.  Sekian sahaja buat kali ini. In-sya Allah, saya akan menulis lagi.  Semoga semua urusan kita dipermudahkan Allah Subhana Wa Ta 'ala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan