Hari ini MakNek nak kongsikan 4 sebab mengapa kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat. Maklumat di bawah MakNek petik dari website Hello Doktor.
1. Mengawal
berat badan
Berat badan adalah
salah satu parameter penting untuk menilai kesihatan seseorang secara am. Dalam
bahasa mudahnya, berat yang sihat atau normal bermakna kesihatan anda lebih
baik.
Sebaliknya, berat badan berlebihan membawa kepada lebih banyak risiko kesihatan.
Piramid makanan adalah panduan asas yang baik dalam merancang
diet yang seimbang dan sihat. Jangan melangkau waktu makan terutamanya sarapan
kerana ia akan membuatkan anda makan lebih kerap dan banyak.
Dalam masa yang
sama, amalkan aktiviti fizikal sederhana selama 150 minit seminggu. Pemakanan dan aktiviti fizikal adalah kunci untuk mengawal berat badan.
2. Memberikan mood yang lebih
baik
Apabila badan dalam
keadaan yang sihat, sistem badan secara automatik akan berfungsi dengan lebih
baik. Ini termasuklah emosi dan juga mood.
Sejenis hormon
bernama endorfin dilepaskan semasa aktiviti fizikal. Hormon ini membuatkan
seseorang berasa gembira dan tenang.
Selain itu, keadaan
fizikal yang sihat tentunya akan menambah keyakinan diri. Bersosial juga
merupakan satu gaya hidup sihat yang membantu menjadikan kehidupan lebih hidup
dan bermakna.
3. Mencegah penyakit
Menurut
Hippocrates, “Semua penyakit bermula daripada perut.”
Meskipun kata-kata
Bapa Perubatan itu tidak sepenuhnya tepat, ia sangat masuk akal.
Pemakanan yang
tidak dijaga secara jelas meningkatkan risiko penyakit-penyakit utama. Ini termasuk kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan
strok.
Daripada semua
penyakit ini, semua organ di dalam badan boleh terjejas termasuk keadaan
mental.
Pastikan anda
menjalani pemeriksaan kesihatan berkala setiap tahun. Percayalah, mencegah
lebih baik daripada merawat.
4. Panjang umur
Ajal di tangan Tuhan. Dalam masa
yang sama, Tuhan juga memerintahkan agar kita hidup dalam keadaan yang sihat.
Jika
badan dalam keadaan sihat dan tiada penyakit kronik yang serius, sudah pasti,
dari sudut sains, jangka hayat akan meningkat.
Diabetes misalnya,
mengurangkan jangka hayat selama 6 tahun menurut Journal of American Medical Association
(JAMA) dan jika terkait dengan penyakit
jantung, jangka hayat berkurang sebanyak 12 tahun.
Gaya
hidup sihat adalah langkah terbaik dalam menjalani kehidupan bebas penyakit.
Bukan
sahaja kesihatan akan meningkat, produktiviti, ekonomi dan kemakmuran negara
juga turut berkembang. Mulakan hari ini. Biar sedikit asalkan ada.
Sumber:
https://hellodoktor.com/ms/gaya-hidup-sihat/tips-kesihatan/mengamalkan-gaya-hidup-sihat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan