Jumaat, 17 Julai 2020

Pabila hati terasa gundah

Pabila hati terasa gundah
Ku ambil wudhuk keluarkan sejadah
Betulkan niat solat istikharah
Mohon petunjuk hanya dari Allah
Semoga betul janganlah salah
Hatiku tekad ku redha dan pasrah

Solat istikharah ditunaikan sudah
Kepada Allah aku terus berserah
Ku mohon diberi petunjuk dan arah
Semoga hatiku tidak berbelah
Demi dunia akhirat aku melangkah
Mendekatkan diri kepada Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan